Emma Maembong |
Berniat baik mahu membantu kakaknya membeli alat penguji kehamilan di sebuah farmasi hospital terkemuka di Kuala Lumpur, pelakon, Emma Maembong, telah menjadi mangsa tohmahan dan disalah anggap kononnya sedang mengandung.
Berkongsi cerita dengan sebuah portal hiburan, Emma mengaku mahu membeli alat tersebut dari farmasi berkenaan.
Namun belum sempat dia menjelaskan untuk siapa alat penguji kehamila itu, pekerja di farmasi tersebut tiba-tiba telah membawa Emma untuk bertemu dengan doktor dan memberitahu kes "sepertinya" itu banyak kali berlaku.
Kakak Emma, Yaya Maembong dan suaminya, Wan Raja. |
“Belum sempat saya terangkan dia dah bawa jumpa doktor. Bila saya nak cakap, dia mencelah sampai saya tak dapat nak terangkan hal sebenar. Ada juga pelanggan lain yang dengar fasal hal ini.
“Sebenarnya kebetulan saya berlakon di hospital tersebut dan kakak saya Yaya minta saya belikan alat ujian kehamilan itu sebab dia tak larat. Bukanlah untuk saya, tetapi untuk kakak saya.
“Bila diterangkan pada doktor dan doktor itu memahami. Bila ditanya pada pekerja farmasi tersebut, katanya dia teruja sebab Emma yang datang,” cerita Emma dalam kenyataan tersebut.
Antara laman blog hiburan yang dikatakan telah memanipulasi berita Emma membeli alat uji kehamilan. |
Sementara itu, Berita Harian turut melaporkan kekesalan Emma apabila isu itu dimanipulasi sesetengah pihak sehingga timbul ceritanya sedang mengandung anak luar nikah.
Jelasnya, peristiwa itu sebenarnya telah berlaku lima bulan lalu dan Emma memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut bagi mengelakkan sebarang salah faham. -Kedahnews.com