Kisah Murtad Aktres Jelita Sinetron Cetus Kontroversi Di Indonesia

Asmirandah Zantman
Model jelita Indonesia yang bernama Asmirandah Zantman ini cukup popular di republik itu sebagai penyanyi dan pelakon sinetron terkenal.

Namun siapa sangka, di sebalik wajah menawan itu dia sebenarnya tergamak melakukan sesuatu yang melanggar batas sebagai seorang Muslim!

Asmirandah atau mesra disapa Andah, telah berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, aktor Jonas Rivanno sejak 17 Oktober 2013.

Bagaimanapun, beberapa minggu selepas Jonas memeluk Islam untuk berkahwin dengan Andah, lelaki itu telah bertindak kembali kepada agama asalnya.

Pelbagai kesukaran berlaku selepas itu akibat perbezaan agama pasangan ini sehingga Andah pernah membatalkan perkahwinan mereka kerana tidak tahan menerima tempelak masyarakat.


Akhirnya, akibat cintanya terhadap sang lelaki lebih menebal daripada sayangnya kepada ibu bapa dan Islam, Andah telah mengambil keputusan untuk mengikuti suaminya menganut Kristian.

Pasangan itu kemudiannya berkahwin mengikut kepercayaan Kristian di Singapura pada bulan Disember tahun yang sama.

Berita penukaran pegangan agama selebriti Indonesia bukanlah sesuatu yang baharu, namun pemurtadan Andah ini ternyata menggemparkan industri hiburan negara tersebut.

Dalam kekecohan peminat terhadap keputusan mengejut Andah ini, wanita cantik itu tetap tenang menghadapi kritikan dan kecaman orang ramai terhadapnya.

Malah, dia juga tampak yakin benar dengan akidah baharunya itu dan sering dilihat menghadiri majlis-majlis keagamaan bersama suaminya.


Bukan setakat itu, Andah juga telah mengeluarkan lagu duet berunsur ketuhanan bersama Jonas yang bertajuk ‘Yesus Aku Cinta’ – satu tindakan yang seakan-akan ‘mendeklarasi’ status pegangannya kini.

AIR MATA IBU BUAT SI ANAK YANG MURTAD

Hati ibu mana yang tidak luluh melihat anak perempuan yang dididik dengan ajaran Islam daripada kecil, sanggup meninggalkan agama semata-mata mahu meraih cinta lelaki.

Ibu Andah dikatakan menangis tidak henti-henti apabila mendengar keputusan Andah untuk memeluk Kristian kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan Jonas.


Dan Jonas pula sebagai manusia, langsung tidak mengendahkan perasaan wanita yang melahirkan isterinya.

Bagaimanapun, ayah Andah, Anton Zantman, telah menerima seadanya keputusan anaknya itu.

Dalam satu laporan media Indonesia, Anton berkata dia memang terluka, namun Andah tetap anaknya dan setiap manusia perlu diberi pilihan.

“Saya menghormati keputusannya bertukar agama. Saya amat bangga dengannya; dia berbakat dalam nyanyian, lakonan dan peragaan.

“Dia telah jadi anak yang terbaik untuk saya dan saya mahu dia gembira. Jonas juga seorang lelaki yang baik.”

MISKIN SELEPAS MURTAD

Dengan kontroversi yang dicipta oleh mereka sendiri itu, tidak hairanlah pendapatan mereka terjejas.

Jika suatu ketika dahulu mereka berdua merupakan pasangan paling diminati bagi peminat sinetron, hal peribadi kini menjadi lebih besar daripada karier mereka.

Dan isu itu terpalit pada sumber pencarian pasangan tersebut.


Kebahagiaan suami isteri ini dilanda badai apabila Jonas telah mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga kediaman mereka yang terletak di wilayah Cibubur, Jakarta itu terpaksa dilelong dengan harga bawah paras pasaran.

Malah keadaan menjadi lebih sukar untuk mereka apabila rumah Andah juga terpaksa dijual bagi menampung kehidupan mereka.

Pasangan ini tidak lagi tampil di majlis-majlis hiburan tempatan dan tiada produk terbaharu daripada mereka setakat artikel ini ditulis.

Kisah Andah, wanita cantik yang ada segalanya namun sanggup memusnahkannya kerana cinta seorang pria ini harus dijadikan teladan buat gadis-gadis di luar sana agar tidak gadai keluarga serta agama hanya kerana cinta!