BANGUNAN Vancouver House di Kanada ini memenangi Anugerah Projek Masa Depan. |
Jaringan blok apartmen melintang yang dikenali sebagai Interlace itu dianggap sebagai pembangunan perumahan paling bercita-cita tinggi dalam sejarah negara itu.
Kekurangan tanah di Singapura menyebabkan kebanyakan bangunan di bandar raya itu dibina secara menegak.
Menara pencakar langit dan bangunan kediaman tinggi adalah pemandangan biasa di Singapura.
Bagaimanapun, setiap blok di Interlace direka bentuk mengikut susunan heksagon di sekeliling lapan laman bagi menimbulkan suasana lapang.
Pengarah Festival Seni Bina Dunia, Paul Finch memuji projek berkenaan yang dianggap beliau penuh dengan unsur keberanian dan pemikiran seni bina kontemporari.
“Projek ini menonjolkan satu pemikiran alternatif terhadap sesuatu pembinaan.
“Kawasan ini mungkin dibangunkan dengan beberapa bangunan tinggi yang konvensional,” katanya.
Seni bina bangunan itu juga dipuji kerana ‘bekerja’ dengan alam semula jadi bagi membentuk ruangan kediaman yang berhubung dengan alam sekitar.
Bangunan unik yang direka oleh syarikat OMA/Buro Ole Scheeren menerima lapan anugerah dalam festival berkenaan yang berlangsung di Singapura.
Interlace dan beberapa bangunan yang dicalonkan di seluruh dunia bertanding untuk memenangi beberapa kategori.
Bangunan yang paling banyak menerima anugerah dinobatkan sebagai Bangunan Dunia Tahun Ini.
Festival itu berlangsung di Singapura sejak empat tahun lalu dan bandar raya Berlin di Jerman dipilih sebagai penganjur untuk edisi 2016.
Di sini disenaraikan beberapa bangunan di seluruh dunia yang memenangi anugerah pada festival itu.
Sumber: myMetro