Shahrudin (dua, kanan) memeriksa tempat pemprosesan untuk memindahkan gas LPG bersaiz 14 kilogram ke dalam tong gas industri bersaiz 50 kilogram. |
KULIM - Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya merampas 448 tong berisi gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi bernilai lebih RM100,000 dalam serbuan di dua lokasi berlainan, pagi semalam.
Ketua Pegawainya, Shahrudin Hamzah berkata, rampasan itu dibuat dalam serbuan di dua kilang berasingan dekat Kampung Permatang Tok Dik, Padang Serai dan juga Taman Sri Mahkota, Sungai Ular, hasil daripada maklumat awam serta risikan dua minggu lalu.
Menurutnya, hasil serbuan di premis yang berada di kawasan ladang kelapa sawit dan dipercayai bekas kandang ternakan babi itu berjaya menahan seorang pemandu lori yang sedang leka memunggah tong gas dari kenderaannya.
“Semasa serbuan, kita menahan seorang pemandu lori manakala dua pekerja dipercayai warga Myanmar yang asyik melakukan kerja pemindahan gas dari tong subsidi ke tong industri seberat 50 kilogram berjaya melarikan diri dengan memanjat dinding premis ke dalam ladang kelapa sawit itu," katanya.
Shahrudin berkata, mereka juga merampas sebuah lori, 100 tong gas subsidi berisi bersaiz 14 kilogram dan 35 tong gas industri bersaiz 50 kilogram, manakala 113 tong gas kosong bersaiz 14 kilogram dan 25 tong gas kosong bersaiz 50 kilogram.
“Premis ini juga dipercayai tidak berlesen dan kita percaya harga bagi setiap tong gas industri dijual bernilai lebih RM100,” katanya kepada media selepas selesai melakukan serbuan di premis dekat Kampung Tok Dik, petang semalam.
Katanya, serbuan di satu lagi lokasi oleh lima anggota penguatkuasa KPDNKK di premis Taman Sri Mahkota telah berjaya menahan dua pekerja iaitu seorang warga tempatan dan seorang Myanmar.
“Premis ini dipercayai mempunyai lesen yang sah, bagaimanapun menyalahgunakan lesen tersebut dan berselindung disebalik kedai untuk melakukan kerja-kerja penyelewengan gas subsidi.
“Nilai rampasan di premis tersebut bernilai RM30,000 termasuk 341 tong gas bersaiz 14 kilogram yang berisi dan 170 tong kosong bersaiz sama serta peralatan untuk melakukan kerja-kerja pemindahan gas tersebut,” katanya.
Malah katanya, kedua-dua premis itu dipercayai menjalankan operasi tersebut sejak setahun lalu untuk diedarkan kepada industri.
“Kesemua yang ditahan akan disoal siasat dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1991 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan Bekalan 1974,” katanya.
Dalam pada itu, Shahrudin berkata, penyelewengan melibatkan gas LPG di negeri ini adalah kes kedua sepanjang tahun ini.
“Bukan sahaja salah dari segi undang-undang, malah bahaya kerana tidak mengikut spesifikasi yang betul selain tiada ruang untuk pengudaraan yang betul,” katanya.
Sumber: Sinar Harian