Lana Nordin Tersinggung Ayda Jebat Pakai Gaun Perkahwinannya?


Pelakon, Lana Nordin meluahkan perasaan terkilannya apabila pelakon yang juga bekas peserta AF, Ayda Jebat mengenakan pakaian yang digunakan olehnya di majlis perkahwinan untuk satu sesi fotografi.

Lana berkata, dia rasa terkilan kerana baju pengantin itu adalah sesuatu yang "sangat berharga" walaupun baju tajaan Altelia Amani itu bukanlah baju milik peribadinya.

Aktres itu yang meninggalkan komen di akaun Instagram milik Ayda berkenaan pakaian itu juga dikatakan turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana komen tersebut telah dipadam.

“Saya tidak akan menjadikan perkara ini satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya,” kata Lana.

Secara jelas, setiap pakaian yang ditaja itu adalah milik penaja dan pihak berkenaan berhak untuk memberikan pakaian tersebut kepada mana-mana individu yang mereka suka.

Sekiranya benar luahan hati Lana yang rasa baju hak milik Altelia Amani itu adalah begitu eksklusif dan begitu istimewa bagi dirinya, maka adalah lebih wajar untuk dia membeli pakaian tersebut dari penaja tersebut.

Sehingga kini, Ayda belum lagi memberi sebarang kenyataan balas terhadap isu tersebut.

Namun kami percaya, ianya lebih melibatkan Lana dan pihak penaja untuk menyelesaikannya secara baik kerana jika pihak penaja tidak diberi kebenaran kepada Ayda untuk mengenakan busana itu, mana mungkin pakaian itu dapat disarungnya, bukan? -Kedahnews.com