Gambar Hiasan |
Namun, itu "perlakuan gila" yang dilakukan oleh sesetengah rakyat China yang hidup sendirian akibat terpaksa bekerja jauh dari isteri.
Mereka akan membeli patung seks itu untuk memuaskan diri, kerana tidak mahu menipu isteri mereka.
“Secara jujurnya saya tidak sanggup menipu isteri saya dengan mencari wanita lain ataupun pelacur, namun saya juga perlu memenuhi keinginan nafsu saya,” kata Liu yang berusia 29 tahun dan tinggal berjauhan dengan isterinya.
Dia yang mempunyai seorang anak, sanggup membelanjakan sebanyak RM9,000 untuk membeli patung bagi memuaskan nafsunya.
Selain untuk memenuhi `hajatnya’ patung seks itu juga menjadi peneman Liu ketika dia hidup sendirian tanpa keluarga di situ.
Dalam pada itu, jurujual patung seks di Beijing, Yi Jiange berkata kebanyakan pelanggannya berusia antara 30-an hingga 40-an.
“Saya mengagumi kesetiaan mereka. Jika seseorang lelaki yang sudah berkahwin enggan melanggan pelacur tetapi memilih untuk menggunakan patung untuk memuaskan nafsu mereka, jadi apa salahnya,” soal Yi. -Kedahnews.com