Lelaki Ini Tiba-Tiba Popular Di Laman Sosial Gara-Gara Menari


Setiap orang pastinya mempunyai cara tersendiri dalam menangani stress lebih-lebih ketika berada di tempat kerja.

Sebagai contoh, menari dan bergojet seperti dilakukan oleh lelaki yang dikenali sebagai Munish ini.

Malangnya dalam sedang seronok menari itu, Munif terkantoi dengan rakan sekerjanya.

Mereka bertindak merakam gelagatnya itu secara diam-diam dan kemudian memuat naik video tersebut di laman sosial.

Gara-gara kerana tariannya itu, dia tiba-tiba popular di seluruh negara dan berjaya membuat ramai yang tersengih melihat gelagatnya.

Video tersebut sekali gus tersebar menjadi viral dan ditonton lebih 500,000 pengguna sosial.

Mana tidaknya, aksi tarian Munish mengundang tawa ramai lagi-lagi ketika responnya yang terkejut ketika dikantoikan oleh rakannya. –Kedahnews.com
Posted by Kedahnews.com on Saturday, November 7, 2015