Gambar Hiasan |
Suami kepada seorang remaja perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 14 tahun mungkin layak digelar sebagai manusia yang bertuhankan serakah nafsu apabila tergamak melakukan perkara yang dikutuk agama.
Memetik laporan myMetro, lelaki berusia 35 tahun itu sebulan berkahwin dengan gadis OKU berkenaan, namun sanggup memperkosa adik iparnya yang baru saja berusia 11 tahun.
Lebih mengejutkan, lelaki ‘gila’ tersebut dikatakan telah memaksa isterinya yang mempunyai masalah lembam supaya merakam video perbuatannya itu di rumah keluarga mangsa di Telok Kemang, Port Dickson.
Kebuasan nafsu lelaki "berhati binatang" itu tidak berakhir di situ, apabila dia kemudian bertindak memuat naik rakaman itu ke video cakera padat (VCD) sebelum dijual kepada beberapa rakan.
Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu akhirnya terbongkar setelah rakaman tersebut mula tersebar menerusi telefon bimbit.
Menurut satu sumber, penyebaran rakaman tersebut turut dilihat oleh bapa adik-beradik malang itu yang terkejut apabila mengenal identiti individu dalam video berkenaan merupakan anak dan menantu lelakinya. –Kedahnews.com