Leuniey Selamat Lahir Anak Kedua, Apex Namakan Khaleel Emir


Sekalung tahniah diucapkan buat penjaga gol bola sepak skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat selepas isterinya, Leuniey Natasha dilaporkan telah selamat melahirkan anak kedua mereka kelmarin.

Berita gembira tersebut turut dikongsi menerusi laman Instagramnya yang memaparkan gambar seorang bayi lelaki comel dengan ucapan syukur kepada Allah SWT.

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3kg," tulisnya.

Khairul Fakmi yang turut popular dengan nama panggilan 'Apex" juga mengumumkan nama anak keduanya itu sebagai Khaleel Emir.

Pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha telah mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2012 lalu

Sebelum ini mereka sudah pun dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Kayla Elayna.

Semoga dengan kelahiran putera lelaki ini boleh mewarisi kehebatan ayahnya yang hebat menjaga gawang di padang. -Kedahnews.com