Imbasan X-ray menunjukkan gunting yang berada di perut Hanim. |
Hanim Ozgul, 67, berkata, dia menjalani satu pembedahan kecil untuk merawat kanser rahim yang dialaminya pada 2010.
Bagaimanapun, sejak pembedahan itu dia sering berasa sakit di bahagian perutnya.
Hanim mengadu kepada doktor mengenai keadaannya,, tetapi dimaklumkan ia adalah proses biasa untuk sembuh.
“Selama lima tahun kesakitan di bahagian perut dan badan saya semakin teruk.
“Saya kemudiannya pergi ke sebuah lagi hospital untuk membuat pemeriksaan,” katanya.
Menurutnya, seorang doktor yang merawatnya mendapati badannya membengkak dan terus membuat imbasan X-ray.
“Apabila imbasan X-ray dibuat doktor terkejut kerana mendapati ada gunting di dalam perut saya.
“Doktor kemudianmembuat satu pembedahan untuk mengeluarkan gunting berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dia bertindak menyaman doktor dan hospital yang merawatnya sebelum ini kerana cuai sehingga menyebabkan dia menderita selama lima tahun. - Agensi