Luahan Hati Pemandu Teksi Bukti Pemikiran Orang New York Kurang Maju

Pemandu teksi muslim di New York - Gambar Hiasan
Seorang lelaki di New York telah berkongsikan kisah sedih tentang seorang pemandu teksi yang beragama Islam di bandar raya terbesar Amerika Syarikat (AS) itu yang diabaikan orang ramai ekoran tragedi berdarah di Paris.

Cerita yang dikongsikan oleh Alex Malloy, 23 tahun; menerusi laman sosialnya itu menjadi viral dan telah mendapat perhatian ramai warga netizen dari seluruh dunia.

Alex yang juga seorang pendandan rambut di sana memberitahu dia adalah penumpang pertama pemandu teksi berkenaan dalam masa 2 jam selepas insiden yang menimpa di Paris itu.

Serangan pengganas di kota Paris itu telah menyebabkan orang ramai di New York berasa takut dan telah mendiskriminasi pemandu teksi terbabit kerana bimbang dia bersekongkol dengan kumpulan militan IS.

Pemandu teksi itu telah meluahkan isi hatinya kepada Alex dan menyebabkan kedua-dua mereka menitiskan air mata di sepanjang jalan sebelum tiba ke destinasi yang dituju lelaki berkenaan.

Alex Malloy
Alex yang begitu terkesan dan simpati dengan nasib yang menimpa pemandu teksi itu menyifatkan hal itu adalah perkara paling sedih yang pernah dialaminya.

Dia telah menyeru orang ramai untuk berhenti mendiskriminasi dan mengikis tanggapan negatif terhadap orang Islam dan sedar bahawa mereka semua tiada ada kena-mengena dengan perjuangan sesat militan IS.

“Untuk 25 minit saya terpaksa memberitahu orang asing ini bahawa orang sepertinya dan saya, tiada kaitan dengan apa yang berlaku.

“Saya sangat simpati dengannya kerana orang memandangnya dengan perasaan takut dan marah.

“Dia kerap menyatakan Allah adalah Tuhannya dan tidak percaya dengan benda sebegini. Orang ramai sangkakan saya terlibat dengan kejadian ini walaupun saya tidak terlibat.

“Tiada orang mahu naik teksi saya kerana rasa tidak selamat. Saya tidak dapat melakukan kerja saya dan mencari rezeki.

“Itulah adalah saat paling menyentuh perasaan saya yang pernah saya alami sepanjang hidup saya,” tulisnya.


Luahan Alex melalui laman sosial telah menjadi viral dan rata-rata pengguna sosial itu juga menyokong dan memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan.

Serangan yang berlaku di Paris beberapa hari lalu telah menimbulkan lagi perasaan benci serta Islamofobia yang tinggi terhadap masyarakat Muslim di luar negara.

Oleh itu, masyarakat di seluruh dunia wajar untuk sedar bahawa perjuangan kumpulan militan IS atas nama Islam sebenarnya terpesong dan tiada kaitan dengan umat Muslim di seluruh dunia ini. –Kedahnews.com