Gambar Hiasan |
SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) bercadang untuk memasarkan cuka nipah ke luar negara, kata Pengerusinya Datuk Othman Aziz.
Beliau berkata produk itu adalah antara barangan yang akan mula diperkenalkan di pasaran luar negara termasuk kuih tradisional, produk dari buah mempelam atau mangga di bawah jenama Tobiar Gold seperti kordial, jus minuman dan jem.
Mada sebelum ini telah mampu menghantar produknya ke luar negara seperti di Agrobazar Singapura, katanya di sini malam tadi.
Othman berkata hasil jualan produk industri asas tani oleh Mada dijangka mencecah RM90 juta dalam tempoh tiga bulan terakhir ini. – BERNAMA