Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan. |
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan mengambil cuti dua bulan bagi menyambut kelahiran anak perempuannya yang dijangka lahir hujung tahun ini.
Memetik tulisannya akaun laman sosial Facebook miliknya, Zuckerberg berkata itu merupakan keputusan peribadinya untuk berbuat demikian.
Zuckerberg percaya bahawa dengan menambah bahawa terdapat kajian membuktikan, ibu bapa bekerja yang bercuti panjang untuk menyambut kelahiran bayi mereka, memiliki kehidupan berkeluarga lebih baik dan teratur.
Tindakan beliau itu juga adalah sejajar dengan polisi Facebook yang membenarkan staf wanita mengambil cuti bersalin sehingga empat bulan dengan gaji, manakala staf lelaki turut mendapat keistimewaan yang sama sekiranya isteri mereka mengandung.
Julai lalu, Zuckerberg berkongsi khabar gembira mengenai kehamilan isterinya, Priscilla Chan kepada umum.
Priscilla sebelum ini difahamkan pernah mengalami tiga kali keguguran. –Kedahnews.com