Masjid Negara Tampil Jawab Berkenaan Isu Viral Bilik Wuduk VVIP


Sekeping gambar yang memaparkan kewujudan sebuah bilik wuduk VVIP di Masjid Negara telah menimbulkan persoalan netizen di media sosial.

Disebabkan isu ini, pihak Masjid Negara menerima kritikan daripada netizen kononnya mengamalkan sistem kasta dalam agama Islam.

Namun di sebalik kritikan yang diterima, terdapat beberapa pihak yang mempertahankan tindakan itu kerana menurut mereka, hanya orang yang sering mengunjungi rumah ibadat itu sahaja tahu mengenai perkara sebenar.


Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung isu gambar Bilik Wuduk VVIP yang telah diviralkan oleh pengguna di laman sosial facebook. 
1) Kemudahan Bilik Wuduk VVIP 
Umum mengetahui Masjid Negara merupakan masjid yang menjadi tuan rumah kepada acara-acara rasmi agama peringkat persekutuan seperti sambutan maal hijrah, maulidur rasul, hari kebangsaan, hari pahlawan dan nuzul quran. 
Masjid Negara juga sering dikunjungi oleh SPB YDP Agong, raja-raja, pembesar-pembesar dalam dan luar negara, tetamu-tetamu kenamaan dan duta-duta asing atas lawatan atau urusan rasmi. 
Oleh yang demikian amatlah wajar Bilik Wuduk VVIP ini disediakan sebagai kemudahan kepada tetamu-tetamu ini mengambil wuduk bersesuaian dengan lokasinya yang terletak bersebelahan dengan ruang menunggu VVIP. 
Selain itu juga, kemudahan khas ini mengambil kira prosedur dan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 
2) Gambar Bilik wuduk VVIP yang viral agak mengelirukan. 
Masjid Negara juga ingin menjelaskan tentang gambar yang diviralkan itu seolah-olah Bilik Wuduk VVIP terlalu eksklusif dengan tanda signage yang besar. 
Gambar yang diambil itu tidak menggambarkan gambar bilik wuduk VVIP yang sebenarnya. (Rujuk gambar).


Untuk makluman, Masjid Negara mengamalkan polisi bersifat terbuka dan bersedia untuk menerima komen, pandangan dan teguran daripada sesiapa sahaja termasuk orang awam demi kebaikan dan penambahbaikan. 
Namun begitu Masjid Negara juga berpandangan bahawa setiap teguran dan kritikan perlulah disalurkan dengan cara dan wasilah yang sesuai bukanlah berbentuk provokasi lebih-lebih lagi yang mempunyai niat dan agenda tertentu. 
Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad
Imam Besar Masjid Negara
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Berikut pula adalah perkongsian pengalaman seorang pengguna Facebook menggunakan Masjid negara untuk solat Jumaat yang kami petik dari sebuah komen di sebuah page Facebook yang memainkan isu ini.


Berdasarkan komen saudara ini, ternyata bilik ini dibuka kepada orang ramai untuk menggunakannya dan mungkin ditutup sebentar untuk kegunaan tetamu vvip yang hadir. -Kedahnews.com