Gambar Hiasan |
Preisdennya, Datuk Hamzah Rahmat berkata, beliau juga gembira mendapat tahu terdapat ramai pelancong dari Malaysia di Paris berada dalam keadaan selamat di kota tersebut dan tidak bersembunyi di hotel mereka.
“Tiada tempat yang selamat sepenuhnya sama ada di rumah atau di luar negara maka kita perlu sentiasa berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Satu insiden serangan pengganas berlaku di kota Paris pada 13 November lalu yang mengakibatkan kematian 153 orang.
Hamzah dalam pada itu menegaskan, tempat-tempat yang sesak sentiasa berisiko untuk berlaku insiden rempuhan atau diserang pengebom berani mati.
Bagaimanapun, katanya, seorang pengembara yang bijak berupaya mengelakkan diri daripada situasi berbahaya.
Beliau turut menegaskan, semua pihak tidak perlu terus berada dalam ketakutan disebabkan serangan di Paris kerana kelewatan untuk bangkit daripada insiden serangan itu akan hanya mendorong kepada kejadian serupa pada masa depan.
“Perancis adalah lambang pelancongan dunia dan pelancongan adalah industri sektor perkhidmatan yang terbesar di dunia .
“Ia adalah penting dunia terus menyokong Perancis dalam usaha pemulihan dan membawa keadaan kembali seperti sediakala secepat mungkin,” kata Hamzah. –Kedahnews.com