Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah |
KUCHING - Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah meminta semua pihak menghormati keluarga Bernard Then Ted Fen yang ketika ini melalui detik sukar selepas berita pembunuhan kejam tebusan Malaysia itu dilaporkan berlaku di Selatan Filipina semalam.
"Pada masa ini ibu bapa mangsa meminta diberikan privasi, saya rasa pada masa ini sebaik-baiknya kita hormati kemahuan mereka yang mahukan privasi tetapi jika diperlukan terutamanya kaunseling, kita bersedia, " kata beliau dalam satu sidang media khas di sini semalam.
Terdahulu, Fatimah di dalam satu kenyataan bersama dengan gabungan wanita mewakili pelbagai kaum dan agama di Sarawak berkata berita itu sungguh dahsyat dan mereka mengutuk tindakan keganasan ke atas Then.
Menurut kenyataan itu tindakan ekstrem itu bukan sahaja tidak berperi kemanusiaan, ia juga bertentangan dengan mana-mana ajaran agama.
"Tiada agama yang menyokong tindakan keganasan itu, biarpun dilakukan atas nama agama.
Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, isteri, anak-anak , ibu bapa yang menghadapi ketika yang menyedihkan dan kami berdoa supaya mereka mendapat kekuatan dan ketabahan," kata kenyataan itu. - BERNAMA