"Naan Cheese Meleleh" yang mampu membuat kita pun "meleleh"... |
BUKAN sekadar roti Naan atau Naan Cheese biasa, namun "Naan Cheese Meleleh" menjanjikan kepuasan menikmati keenakkan roti naan tulen asli yang dibuat dari resepi tradisional terbaik dari Pakistan.
Merasa sendiri kelembutan roti Naan Cheese Meleleh yang lain dari yang lain, kekenyalan tekstur adunan tepung yang tersendiri, Kedahnews.com tidak dapat menafikan bahawa ia merupakan antara yang terbaik yang pernah dicuba.
Dengan resepi adunan tepung roti tradisi yang diuli halus dan teliti, kemudian diletakkan pula dengan gabungan keju istimewa, Naan Cheese Meleleh merupakan satu 'masterpeice' yang tidak dapat kami lupakan.
Telah banyak kami mencuba roti naan di restoran mahupun gerai yang menyajikan jenis roti yang lebih kurang serupa, namun mungkin itulah salah satu keistimewaan utama yang dimiliki Singgah Rasa Cafe yang terletak di Tandop, Alor Setar, yang baru kami kunjungi baru-baru ini.
Menurut pengusaha kafe berkenaan yang dikenali sebagai Shila, pihaknya amat mementingkan keaslian resepi yang diwarisi turun temurun dari sebelah ibunya yang berasal dari Pakistan.
Tidak hanya terlalu mementingkan keuntungan semata-mata, Shila menjelaskan bahawa kafe yang telah beroperasi di situ sejak Mac lalu itu lebih mementingkan kepuasan para pelanggan menikmati hidangan yang disediakan.
Katanya, Naan Cheese Meleleh merupakan sajian istimewa yang dihasilkan dari cetusan inovasi beliau berdasarkan resepi asal dari ibunya dan disediakan dalam empat variasi pilihan pelanggan sama ada mahukan keju, bawang putih, ayam atau daging.
Dipadankan dengan kuah dal pekat atau lebih 'mengancam' dimakan dengan kuah kari daging tempatan juga merupakan resepi istimewa dari Pakistan, ia tidak dinafikan mampu menambat hati para pelanggan kafe berkenaan.
Selain roti Naan Cheese Meleleh, Singgah Rasa Kafe turut menyajikan hidangan istimewa lain seperti Beriani Kambing, Capati, roti naan, roti naan cheese, ayam tandoori dan banyak lagi menu-menu yang menggunakan resepi asli dari negara asal ibunya.
Jangan menyalah anggap, Singgah Rasa Kafe bukan merupakan sebuah kedai mamak, sebaliknya ia adalah sebuah restoran yang sama sekali membawakan serba serbi resepi asli Pakistan, bukan dari India.
Kami difahamkan bahawa Singgah Rasa Kafe yang mula beroperasi pada jam 5.00 petang hingga jam 1.00 pagi setiap hari itu turut menyediakan khidmat penghantaran percuma (free delivery service) di bagi pelanggan di sekitar kawasan Alor Setar.
Untuk memesan makanan dan mendapatkan khidmat penghantaran percuma itu, para pelanggan cuma perlu menghubungi talian 016- 5053 477 (Shila) dan khidmat berkenaan boleh didapati pada setiap hari Isnin hingga Rabu sahaja.
Pada pandangan kami yang pernah merasa sendiri Naan Cheese Meleleh, kelembutan roti berkenaan sememangnya menjadi satu kelebihan selain tekstur rotinya yang sedikit kenyal dan amat sesuai bagi mereka yang gemarkan makanan sihat serta kurang berlemak.
Tunggu apa lagi? Cuba dulu baru tahu rasa sebenar Naan Cheese Meleleh yang kekal lembut hingga esok hari! -Kedahnews.com