Pasangan pelakon ideal,Farid Kamil dan Diana Danielle yang baru sahaja menimang anak perempuan telah memberikan anak mereka nama yang bersesuaian dengan waktu kelahirannya.
"Kami sama-sama pilih nama dengan mencari maksud yang sesuai.
"Memandangkan bayi dilahirkan pada waktu subuh, jadi kami memilih nama Nur Aurora yang bermaksud cahaya fajar sesuai dengan waktu yang dilahirkan," katanya dalam satu kenyataan ketika dihubungi media baru-baru ini.
Selanjutnya, bapa kepada dua cahayamata itu turut meluahkan rasa syukurnya terhadap kurniaan dari Allah itu dan menyatakan bahawa cabaran mendidik anak-anak merupakan satu pengalaman yang dijangka cukup menarik padanya.
“Sememangnya saya bersyukur dengan kehadiran Aurora dan kami perlu sama-sama menguruskannya dan menjadi satu benda yang cukup menarik,” tambah Farid Kamil. -Kedahnews.com