Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim |
KUALA LUMPUR – “Saya jujur dan bukan seorang hipokrit. Saya tidak masuk masjid memakai songkok haji tetapi di sebalik tabir menagih dadah”, demikian titah Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap pandangan negatif segelintir pihak baginda seorang yang ego dan sombong dalam dunia bola sepak.
Baginda yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) bertitah, jika di Barat, sikap yang ditonjolkannya akan dianggap psikologi motivasi ke atas pihak lawan.
“Dalam dunia sukan, meningkatkan motivasi dan keyakinan adalah sangat penting. Namun, di sesetengah tempat dalam masyarakat berfikiran sempit di negara ini, perkara tersebut dianggap angkuh.
“Eric Cantona pernah mengatakan “Saya bukan manusia biasa, saya Cantona,” dan Zlatan Ibrahimovic mengatakan “Sayalah yang paling hebat.”
“Nasib baik mereka tidak bermain di negara ini, kalau tidak, tentulah orang di sesetengah tempat akan menganggap mereka terlalu ego,” titah baginda dalam satu kenyataan lewat malam semalam.
Justeru, Tunku Ismail bertitah baginda tidak ambil kisah pandangan negatif yang dilemparkannya itu kerana pada baginda merendah diri biar bertempat manakala meninggi diri membuatkannya lebih hidup.
Baginda dalam pada itu mengakui ada ramai wajah baharu dalam arena bola sepak negara termasuk Ketua-ketua Pegawai Eksekutif muda mula mengikuti jejak langkah Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Sesetengah orang cuba untuk mengikuti pelan tindakan rekaan saya. Ia satu petanda positif yang mereka telah mula mengikut revolusi dan jejak langkahndan saya anggap perkara tersebut sebagai satu pujian,” titah baginda.
Namun, Tunku Ismail berpandangan adalah mustahil untuk mana-mana pihak cuba melakukan apa yang baginda telah lakukan untuk bola sepak Johor kerana hanya wujud seorang sahaja TMJ di Malaysia. –Kedahnews.com