Nemesis Legion Dari Malaysia Ke-3 Yang Terbaik Dunia #PWC2015


LANGKAWI - Pasukan Nemesis Legion mencipta nama menjadi pasukan antara lima terbaik dunia apabila unggul menaiki podium Kejohanan Piala Dunia Paintball 2015 sebaris dengan pasukan-pasukan ternama di sini, hari ini.

Satu-satunya pasukan yang membawa harapan Malaysia di separuh akhir, Nemesis Legion akhirnya terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-3 setelah tewas pada pasukan Cobra Kai pada separuh akhir, namun menang terhadap Infernal dari Thailand pada set penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

"Kami sudah cuba yang terbaik, dan untuk berada di tempat ketiga adalah merupakan satu pencapaian yang membanggakan kami," kata Kapten Pasukan, Mohammed Rezal Jamaluddin yang berpengalaman 10 tahun dalam dunia sukan paintball.


Nemesis Legion merupakan sebuah pasukan utama dari ibu negara yang turut membawa 9 lagi pasukan di bawah panji-panji yang sama yang bertanding di divisio-division 2, 3 dan 4 kejohanan bertaraf dunia itu.

"Kemenangan kali ini adalah agak bermakna bagi kami apabila semua anggota utama Nemesis berjaya dihimpunkan dalam satu kejohanan yang bertaraf dunia, dan kami buktikan kemampuan pasukan dari Malaysia," katanya lagi kepada Kedahnews.com.


Menurut Mohamed Rizal, beliau dan rakan-rakan sebenarnya menjadikan medan ujian buat pasukan mereka dengan tidak meletakkan sebarang sasaran dengan hasrat melihat kemampuan sebenar pasukan yang ditubuh kira-kira 10 tahun lalu.

Sementara itu, difahamkan bahawa pasukan Malaysia tidak dapat meneruskan perjuangan mereka semalam ke pusingan suku akhir peringkat antarabangsa semalam ekoran masalah teknikal yang berlaku. -Kedahnews.com