Nora Danish |
Sudah lumrah dunia industri hiburan tanahair, apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti pastinya akan sekelip mata menarik perhatian ramai peminat dan pemerhati yang tidak jemu-jemu membuat andaian serta persepsi masing-masing.
Itualah yang berlaku kepada Nora Danish apabila baru-baru ini dirinya dikecam kerana bertudung ala rahib Kristian pada majlis pelancaran jenama tudung miliknya, OwlshawlbyND.
Walaupun tahu dia dikritik namun aktres comel ini mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit.
Sebaliknya, ibu tunggal itu ingin terus memberikan fokus terhadap cabang perniagaan baharunya itu kerana mahu memberi inspirasi kepada muslimah lain di luar sana dengan memperkenalkan jenama tudung tersebut di pasaran.
“Saya berharap dapat memberi inspirasi kepada ramai orang berpakaian Muslimah dan saya juga mahu berubah. Doakan saya,” katanya memetik Sinar Online.
Nora difahamkan turut menjalankan perniagaan restoran Kopi XoXo yang terletak di Bangsar, berkongsi dengan lima rakan yang lain. –Kedahnews.com