Orang Cina Mahu PAS, Pembangkang Takkan Berjaya Tanpa PAS

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Kaum Cina kini berpandangan PAS perlu menjadi parti yang paling hadapan atau dominan dalam kalangan parti-parti pembangkang.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, masyarakat Cina kini telah sedar bahawa pihak pembangkang tidak akan berjaya tanpa PAS.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh penyokong tegar DAP kepada Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Dr. Bala Chandran.

“Bala bercerita kepada saya bahawa dia didatangi penyokong dan pendokong tegar DAP yang tiba tiba memberitahu Bala dia baru sedar setelah berfikir panjang bahawa untuk selamatkan Malaysia, tak boleh tanpa PAS.

“Mesti PAS yang berada dihadapan. Tanpa PAS tidak akan berjaya. Kalau ada PAS tapi PAS duduk belakang sebagai pak turut pun tak jadi juga. Mesti PAS dilihat berada dihadapan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru, Ahmad turut dikatakan sempat menyindir DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang sering mendakwa PAS bakal kehilangan sokongan pengundi Cina disebabkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah katanya, Presiden PAS kelihatan tidak sedikit pun terganggu dengan kenakalan para ‘pembencinya’ itu.

“Sekalipun ditohmah sudah hilang upaya kononnya kesan dari jatuh sakit yang lalu, fikiran murobbi ini sudah ‘tidak sihat’, buah buah pemikirannya semakin tajam dan tepat,” katanya. -Kedahnews.com