Gambar Hiasan |
PETALING JAYA - Bermula Isnin ini, Parlimen mengehadkan hanya tiga orang petugas media yang dibenarkan membuat liputan prosiding Dewan Rakyat bagi setiap agensi.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, jabatan komunikasi korporat Parlimen berkata arahan itu akan dikuatkuasakan Isnin depan dan ianya termasuk jurugambar dan juruvideo.
"Keputusan ini telah diambil berikutan masalah kekangan ruangan kerja yang amat kritikal sepanjang kerja-kerja menaik taraf kompleks Parlimen yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018,” jelas kenyataan itu.
Pada awal sesi Parlimen kali ini, semua media ditempatkan di ruangan sempit di lobi Parlimen, supaya membolehkan pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas mereka pada sayap bangunan yang bersebelahan.
Sebelum ini media dibenarkan bertugas di kedua-dua sayap, dengan ruang sidang akhbar khas ditempatkan pada sebelah kanan.
Sebagai rekod, pada tahun 2008, kira-kira 100 wartawan mengadakan boikot selepas parlimen tidak membenarkan akses ke lobi dan menghadkan hanya lima petugas media dibenarkan membuat liputan bagi setiap agensi.
Dalam protes itu , wartawan media cetak, dalam talian dan elektronik memutuskan untuk hanya meliputi prosiding di Dewan Rakyat dan memboikot semua sidang akhbar atau acara yang diadakan di luar dewan.
Namun boikot tersebut berakhir sehari kemudian apabila sekatan ditarik balik selepas ia dilihat memberi kesan ke atas sidang akhbar yang diadakan termasuk oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Sumber: mStar