Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin |
KUALA LUMPUR – “PAS patut mencuba dengan UMNO secara lebih serius. Mungkin ada kebaikan untuk umat dan negara. PAS dan UMNO saudara seakidah” – itu komen Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berhubung desas-desus dua parti terbesar kaum Melayu itu bakal menjalinkan kerjasama.
Beliau turut berpandangan banyak manfaat bakal diperoleh jika PAS dan UMNO bekerjasama kerana dapat berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran serta mencegah kemungkaran.
“Hari ini saya terfikir, alangkah indahnya jika PAS dapat membaiki dan mengimbangi UMNO dengan mengujudkan hubungan yang matang, tegas tapi mesra.
“Jika kita fahami, mereka sebenarnya tidak jauh dari segi watak dan idealisme. PAS yang dulu mungkin jauh dari UMNO. PAS hari ini hampir menyamai UMNO daripada segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok sahaja. Itupun bukan soal pokok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Asri yang popular dengan gelaran Dr. Maza berkata, PAS telah cuba bergabung dengan pakatan pembangkang berulang kali tapi ternyata gagal.
Jelas beliau, kegagalan itu disebabkan sifat parti dan idealisme (Islam) yang dipegang PAS maka PAS patut cuba pula berkerjasama dengan UMNO secara serius kerana kedua-dua parti itu memegang akidah yang sama.
Sejak kebelakangan ini PAS dilihat mula bersikap lebih terbuka dengan UMNO dan para pemimpinnya selepas menyedari pendekatan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP boleh menjejaskan umat Islam negara ini.
Senario itu menyebabkan para pemimpin PAS terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diserang hebat oleh para penyokong PKR, DAP serta Parti Amanah Negara (PAN) menerusi media sosial bagi menjatuhkan kredibiliti tokoh ulama dunia tersebut di mata masyarakat. –Kedahnews.com