Pasangan "Jantina Terbalik" Tetap "Friend" Walau Sudah Putus...

Arin Andrews dan Katie Hill
Jika dilihat dari mata kasar, memang pasangan dari Oklahoma, Amerika Syarikat ini nampak normal, sama seperti pasangan-pasangan lain di luar sana.

Namun jangan tak tahu, rupa-rupanya ada cerita menarik mengenai Arin Andrews dan Katie Hill yang pernah berpacaran sebelum ini.

Arin, 19, dilahirkan sebagai seorang perempuan manakala Katie, 21, dilahirkan sebagai seorang lelaki.

Arin yang dilahirkan sebagai Emerald Andrews.
Namun atas desakan naluri yang bertentangan, mereka mengambil keputusan untuk membuat pembedahan menukar jantina dan ketika itulah mereka bertemu sekaligus menjadi pasangan kekasih, tiga tahun lalu.

Cinta pasangan ini bagaimanapun tidak kesampaian, lalu mereka mengambil keputusan untuk putus namun sehingga kini, mereka masih menjalin hubungan baik sebagai kawan.

Mungkin "hak asasi" seperti inilah yang diperjuangkan oleh segelintir pihak yang menyokong golongan LGBT di negara kita sebelum ini, bukan? –Kedahnews.com