Sharifah Haslinda |
Pelakon terkenal, Sharifah Haslinda dan suaminya yang merupakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilaporkan sedang memulakan proses penceraian di mahkamah.
Memetik dari portal mStar, sebutan kes pasangan tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Bangi dekat sini kira-kira pukul 3 petang, semalam.
Haslinda atau lebih mesra disapa Lynn bagaimanapun dikatakan tidak hadir ke mahkamah sebaliknya diwakili oleh peguamnya.
Mahkamah berkenaan bagaimanapun memutuskan untuk menetapkan tarikh 2 Disember depan untuk sebutan semula kes tersebut.
Namun yang memelikkan keadaan, Haslinda yang dihubungi portal itu bagaimanapun seolah-olah tidak mengetahui tentang sebutan kes yang membabitkan rumahtangganya itu.
"Tak ada apa-apa kes pun. Oklah, saya sedang memandu, nak keluar dengan anak-anak," katanya kepada portal tersebut.
Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua.
Difahamkan bahawa pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata. -Kedahnews.com