KUALA LUMPUR - Pengusaha perkhidmatan bas ekspres milik Bumiputera di negara ini, didakwa semakin lumpuh ekoran bebanan kos operasi yang tidak mampu ditanggung mereka.
Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) Tajudin Mohd Yunus berkata daripada 184 syarikat bas ekspres seluruh Malaysia, 80 daripadanya milik pengusaha Bumiputera dan hanya 40 syarikat yang masih beroperasi.
"Pengusaha bas ekspres kini berada dalam situasi sangat terbeban kerana tambang bas ekspres masih belum dinaikkan, malah pengusaha tetap terus menanggung kos penyelenggaraan yang semakin tinggi," katanya pada sidang media pada Khamis.
Tajudin berkata hampir semua pengusaha bas ekspres tidak mampu membayar gaji pekerja lebih enam bulan dan mengalami masalah membayar semula pinjaman bank, serta terpaksa mengurangkan operasi atau menjual bas milik mereka.
Justeru, Pembawa dan Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) memohon perhatian segera kerajaan agar mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah itu.
Sementara itu, Presiden PMBOA Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata bagi menyelamatkan industri berkenaan, kerajaan diminta bersikap prihatin dan adil kepada pengusaha bas ekspres memandangkan kadar tambang pengangkutan awam lain telah lama dinaikkan.
"Saya berasa, isu ini seperti berat sebelah kerana kami menanggung peningkatan kos operasi sama macam pengangkutan lain, tetapi kenapa tambang teksi dan komuter naik sedangkan kami tidak?,"
"Kajian terhadap kenaikan kadar tambang bas ekspres dibuat kali terakhir pada 2009 tetapi masih belum ada perkembangan. Sejak itu pengusaha menanggung beban kenaikan harga diesel, alat ganti tayar, insurans dan skim gaji minima pekerja yang tidak dapat mengimbangi pendapatan syarikat," katanya.
Mohamad Ashfar berkata ini melibatkan kelangsungan perkhidmatan dan punca pencarian pengusaha industri, dan sehubungan itu, Pembawa dan PMBOA berharap agar ada kata putus tentang kenaikan harga tambang bas ekspres yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Mac lepas, mengumumkan kadar tambang pengangkutan awam melibatkan teksi dan bas ekspres ekoran peningkatan kos operasi sehingga 33 peratus.
Bagaimanapun, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu bas ekspres sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Sumber: mStar