BEIJING – Seorang petani China bernama Chen Lianxue berjaya membina sebuah pesawatnya sendiri di pekan Gansu, lapor media tempatan baru-baru ini.
Pesawat ringan hasil rekaan Chen, 50 tahun itu; mempunyai sayap sepanjang 4.2 meter, dengan badan pesawat sepanjang 10.5 meter dan setinggi 1.6 meter.
Kapal terbang kecil yang ekornya itu turut dihiasi bintang merah, malangnya ia tidak boleh terbang.

Chen sebelum ini pernah bekerja sebagai juruelektrik.
Kata lelaki itu, idea mencipta pesawat tersebut timbul setelah dia berasa serabut kerana semua tempat terlalu sesak pada zaman ini.
“Jalan raya pula dipenuhi banyak kereta ekoran sistem pengangkutan lain tidak dibangunkan dengan baik di barat laut China ini.
“Saya pernah terpandang ke langit dan melihat betapa luasnya langit. Ketika itu saya terfikir, jika penduduk kampung ini mempunyai pesawat alangkah hebatnya,” kata Chen.
Dia terpaksa berhenti sekolah pada usia remaja, tetapi amat meminati penerbangan dan pesawat menyebabkan dia banyak membaca mengenai topik itu sama ada menerusi Internet, buku atau majalah.
Akhirnya dia mengeluarkan wang simpanannya berjumlah 28,000 yuan (RM18,800) untuk membeli enjin, aluminum, tayar dan barangan lain diperlukan bagi merealisasikan impiannya membina pesawat.
Kapal terbangnya siap selepas mengambil masa dua tahun membuat kajian serta reka bentuknya.
“Saya pernah cuba menerbangkannya, tetapi tidak berjaya. Saya akan cuba memanjangkan sayapnya untuk membolehkan ia terbang,” katanya. – Agensi