"Phuc Dat Bich" Akhirnya Mengaku Itu Bukan Nama Sebenarnya

"Phuc Dat Bich"
Seorang pengguna Facebook mengakui pada Rabu lalu bahawa beliau sebenarnya menipu berkenaan kiriman viralnya itu dan nama beliau sebenarnya bukanlah “Phuc Dat Bich” seperti yang diiyakannya sebelum ini.

Menurut lelaki yang ‘nakal’ itu, nama peliknya itu telah mendapat perhatian dunia apabila beliau telah memuat naik gambar pasportnya yang tertera “Phuc Dat Bich” pada bahagian namanya.

Bukan sahaja beliau meraih perhatian dan sokongan dek namanya unik serta agak kurang sopan, malah beliau menyatakan bahawa Facebook berkali-kali menutup akaunnya semata-mata kerana namanya kedengaran ganjil.

Bukan sahaja itu, malah beliau juga telah ‘memanaskan’ lagi keadaan dengan menuduh Facebook memberikannya layanan kelas kedua dan beliau menjadi mangsa diskriminasi pentadbir laman sosial tersebut.

Sebenarnya, pengguna Facebook yang berwarganegara Australia itu hanya cuba melakukan prank atau lawak gempar sahaja.

Beliau yang berdarah Vietnam mengatakan bahawa nama keluarga “Phuc, “Dat” dan “Bich” sebenarnya biasa digunakan di negara tersebut seperti Ali, Muthu dan Ah Lee di negara kita.