Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada 23 Okt lalu dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah. |
KUALA LUMPUR – Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes seorang guru besar Sekolah Kebangsaan Keramat 1, Kuala Lumpur yang dilaporkan hilang sejak 23 Oktober lepas.
Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir berkata risikan terperinci masih dilakukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jashiah Rabu, 53, yang dipercayai hilang di kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu dihentikan pada 10 November lepas.
“Setakat ini kami masih belum menemui petunjuk baharu, siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.
Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah untuk tampil ke balai polis berhampiran.
Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumah pada petang 23 Okt lepas.
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dari rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA