Aktres jelita Hindustan, Preity Zinta, 40, dilaporbakal mengakhiri zaman solonya apabila dikatakan akan mendirikan rumah tangga pada awal tahun depan.
Menurut laporan Bollywoodlife, Preity kini sedang bercinta dengan seorang jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough.
Preity bertemu Gene, 30, seorang penganalisis kewangan di Los Angeles ketika pelakon itu sedang bercuti di negara Uncle Sam, beberapa tahun lalu.
Yang menariknya, ramai peminat sukakan kombinasi nama Preity apabila digabungkan dengan nama keluarga bakal suaminya yang dianggap sangat unik iaitu Preity Goodenough.