Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail |
KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyeru semua pihak, termasuk institusi pengajian tinggi, menjadikan pelajar sebagai modal insan generasi ilmu cemerlang dan membanggakan.
Baginda bertitah bahawa Islam itu sendiri menggalakkan umatnya mendalami dan mencari ilmu setiap masa untuk kekal berjaya di dunia demi diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa, negara serta akhirat.
“Falsafah pengajian tinggi adalah untuk memberi ilmu seimbang dengan akidah sebaik mungkin agar setiap individu berfikiran kreatif, proaktif dan mengambil tindakan sesuai selaras dengan perkembangan ekonomi serta persekitaran semasa,” titah baginda pada majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional di sini, semalam.
Seramai 165 graduan menerima diploma Farmasi, Pengurusan Sumber Manusia; Pengurusan Hotel dan Pelancongan; Teknologi Mekanikal (Gas) dan Pembantu Perubatan pada majlis konvokesyen kelapan yang diadakan di Dewan 2020 di sini.
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Pada majlis itu, Nurul Asyikin Mohd Azme mendapat Anugerah Presiden manakala Muhammad Danial Arif Ab Aziz mendapat Anugerah Khas Rektor. – BERNAMA