Restoran Jepun Hanya Ambil Pekerja Wanita Berbadan Gemuk Sahaja


Sebuah kafe di Akihabara, Tokyo, Jepun menarik pelanggan dengan cara hanya mengupah perempuan bersaiz besar sebagai pekerja mereka bagi mempromosikan kempen bostive (body positive).

Menurut pemilik kafe Shangrila itu, dia mengambil pendekatan sedemikian bagi mengubah cara pemikiran anak gadis di negara matahari terbit itu agar menerima segala bentuk badan mereka secara positif.

Katanya, gadis-gadis Jepun sewajarnya tidak obses dalam mendapatkan bentuk badan kurus dan langsing seperti mana yang digambarkan sebagai bentuk badan ideal.

Yang menariknya, walaupun menyediakan pelayan plus size, namun kafe berkenaan turut menyediakan pelbagai sajian segar dan sihat untuk pelanggan mereka.

Hidangan yang terdapat dalam menu disediakan oleh chef yang diterbangkan khas dari Itali dengan menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkhasiat. –Kedahnews.com