"Rugi Kita Pecah-Pecah Ni, DAP Sedang Ambil Kesempatan" - PAS

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim
KUALA LUMPUR – Kaum Melayu tidak boleh berpecah kerana DAP sedang berusaha mengawal dan mencatur semua perkara dalam Malaysia termasuk urusan yang melibatkan agama Islam dan kepentingan Melayu.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, DAP akan berbuat demikian dengan cuba merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen majoriti umat Islam dalam pilihan raya umum akan datang.

“Rugi kita pecah pecah ni. DAP sedang ambil kesempatan sehingga berani mencabar mahu merampas kerusi majoriti Islam kerana adanya yang sanggup memainkan peranan memecahkan kesatuan undi yang kita perlu.

“Kita ambil kembali negara kita. Kita ada hak kita. Sahabat kita kaum Cina, India dan lain lain bukan semua bersetuju cara DAP ini yang mencetus kerosakan perpaduan dan hubungan baik. Mereka juga berhak bersama kita hidup harmoni,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Amzad berkata, setiap parti politik ada kelemahan dan ia boleh diperbaiki, tetapi keteguhan prinsip dan dasar, asas agama yang kukuh, pemahaman tentang sensitiviti negara agama, bangsa dan kedudukan raja melayu perlu diutamakan. -Kedahnews.com