Ramai yang sudah mengesyaki bahawa hubungan Zul Ariffin bersama Gayatri mungkin sudah berakhir setelah beberapa gambar pelakon lelaki tersebut bersama Zahirah MacWilson tersebar di laman sosial.
Akhirnya Zul Ariffin tampil menjelaskan status sebenar hubungannya bersama penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai. Zul memberitahu bahawa, hubungan mereka telah lama berakhir.
“Kami sudah lama tak ada apa-apa hubungan dan masing-masing pun dah move-on,” kata Zul.
Zul juga memberitahu bahawa hubungannya dengan Zahiran MacWilson baru sahaja berputik dan mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Kami masih baru. Baru nak rapat dengan satu sama lain. Tapi tiada apa yang boleh dikongsi lebih-lebih lagi buat masa ini.
“Saya tak marah tentang orang ambil gambar kami ketika itu. Itu perkara biasa. Sedangkan kalau saya ambil gambar dengan mak saya pun pernah jadi isu,” kata Zul lagi.
Apa-apa pun, moga hubungan kali ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin. -Kedahnews.com