Scha Alyahya Teringin Anak Kembar Sebelum "Pencen" Bersalin

Selepas dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Julai tahun lalu, pelakon Scha Alyahya menyatakan dia mengidam anak kembar sekiranya dikurniakan rezeki mengandung selepas ini.

Menurutnya, dia menginginkan cahaya mata kembar lelaki dan perempuan bagi melengkapkan kehidupan keluarganya.

“Saya memang nak sangat anak kedua. Jika ada rezeki Alhamdulillah, jika tidak tunggu sahaja hingga tiba masanya. Kalau boleh saya nak kembar (lelaki dan perempuan). Kerana lepas itu mungkin boleh tutup kedai.

“Bagaimanapun, saya dan Awal tidak kisah sebenarnya anak kedua kami lelaki atau perempuan kerana kedua-duanya ada keistimewaan,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.


Permata hati Scha dan Awal, Lara Alana kini berada dalam fasa aktif berjalan dan sudah mula bercakap.

Buat peminat pasangan selebriti ini yang mahu melihat sendiri perkembangan Lara, anda boleh mengikutinya menerusi laman Instagram @laraalanaa. -Kedahnews.com