Fesyen Rozita Che Wan.. |
Kami yakin semua tahu tentang tagline iklan popular “Ei muka je putih, tangan hitam” yang diungkapkan oleh pengasas produk kecantikan D’herbs, Dato Aliff Syukri yang sinonim dengan gelaran Dato Terlajak Laris.
Disebabkan iklan yang begitu "catchy" dan mencuit hati itulah, produknya mendapat perhatian pengguna sehingga dikenali sebagai jutawan muda yang berjaya.
Hasil usaha keras beliau itu sewajarnya harus dicontohi oleh semua pihak dalam memperkasakan ekonomi negara, khususnya di kalangan usahawan bumiputera dan Melayu di seluruh Malaysia.
Bagi meraikan stokis yang turut sama menjayakan produk-produknya selama ini, Dato Aliff baru-baru ini telah mengadakan satu majlis keraian bertemakan "Fantasy Night" di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya, Selangor.
Malah bukan hanya stokis, sebaliknya ramai selebriti tempatan turut dijemput dan sudi hadir memberikan sokongan.
Antaranya Rozita Che Wan dan suami Zain Saidin, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Rebecca Nur Al-Islam, Arja Lee, Fasha Sandha dan Ning Baizura.
Kehadiran istimewa artis-artis jemputan itu begitu signifikan apabila mereka dikatakan "melaram sakan" dengan mengenakan fesyen-fesyen yang benar-benar bergaya dan menarik perhatian.
Sila rujuk gambar-gambar di bawah. -Kedahnews.com