Datuk Lee Chong Wei |
KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran kelimanya musim ini selepas menewaskan Tian Houwei di final Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong, pada Ahad.
Chong Wei yang kini berada pada ranking keenam dunia mengambil masa 49 minit untuk menundukkan pemain nombor 10 dunia dari China itu, 21-16, 21-15 di Hong Kong Coliseum.
Kemenangan itu membolehkan Chong Wei menjadikan rekod pertemuan mereka kepada 1-1 selepas tewas kepada Tian di Terbuka Australia pada April 2013.
Ini juga adalah kejuaraan keempat Chong Wei, 33, di Terbuka Hong Kong selepas menjuarainya pada 2009, 2010 dan 2013.
Selepas bebas daripada penggantungan lapan bulan atas kesalahan doping, Chong Wei telah meraih gelaran Terbuka Amerika Syarikat dan Grand Prix Terbuka Kanada, kedua-duanya pada Jun lepas.
Terbuka Hong Kong ini adalah kejuaraan ketiga Chong Wei dalam Siri Super musim ini selepas menjuarai Terbuka Perancis bulan lepas dan Terbuka China minggu lalu.
Sementara itu, bagi acara perseorangan wanita, juara dunia dari Sepanyol Carolina Marin menewaskan Nozomi Okuhara dari Jepun, 21-17, 18-21, 22-20 manakala pasangan Zhang Nan/Zhao Yunlei mengalahkan Liu Cheng/Bao Yixin, masing-masing dari China, 21-17, 17-21, 21-17 untuk muncul juara beregu campuran.

Sumber: mStar