Gambar Hiasan |
Pemilik haiwan tersebut menghubungi talian kecemasan sebelum lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bachok diketuai Pegawai Bomba, Mohd. Rozi Ismail melakukan operasi menyelamat.
Tali dan tangga digunakan untuk menyelamatkan haiwan itu yang berada pada ketinggian 18.3 meter (60 kaki) namun operasi menyelamat selesai dalam tempoh 36 minit selepas dimulakan pada 10 pagi.
Haiwan tersebut kemudian diserahkan semula kepada pemiliknya yang tidak pula didedahkan identitinya.
Suasana ketika operasi menyelamatkan beruk sebelum beruk itu diserahkan kembali kepada pemiliknya. FOTO ihsan bomba |
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Sumber: myMetro