Siri I Ancaman Syi'ah Di Kedah: Rakaman Audio Ustaz Vs Mahasiswi


Seorang mahasiswi dalam satu temubual dengan seorang Ustaz mengaku bahawa Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Uthman Al-Affan hanya berpura-pura memeluk Islam serta layak dilabel sebagai munafik.

Malah mahasiswi itu yang dinamakan sebagai A'isyah (bukan nama sebenar), turut bersetuju mengatakan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah SAW itu sebagai kafir hanya kerana alasannya mereka kononnya enggan berbai'ah melantik Saidina Ali bin Abu Thalib sebagai Khalifah Islam yang pertama.

Meskipun ditanya berkali-kali bagi tujuan mencari tahap keyakinan dakwaan mengatakan sahabat-sahabat terdekat Rasulullah SAW itu sebagai kafir, mahasiswi bertudung labuh itu tetap mempertahankan fahamannya.

"Ya..," kata gadis siswi itu, mengesahkan "kekafiran" Abu Bakar, Umar dan Uthman kepada ustaz tersebut.

Posted by Kedahnews.com on Thursday, November 19, 2015
Begitulah fahaman gadis Syi'ah ketika ditemubual ustaz berkenaan dalam merungkai siasatannya terhadap seorang mahasiswi di institusi pengajian tinggi (IPT) di utara semenanjung yang terjebak dengan ajaran songsang tersebut.

Pendedahan tersebut juga sekaligus membuktikan bahawa fahaman yang difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng itu semakin menular serta menggugat akidah umat Islam, termasuk di kalangan golongan penuntut di IPT tanahair.

Kata ustaz yang sudah sekian lama aktif dalam usaha membendung kebejatan fahaman Syi'ah di seluruh negara itu, kebanyakkan yang terpengaruh dengan fahaman songsang itu adalah akibat kurangnya asas agama dan tidak mencari kebenaran sebenar dari ajaran Islam berorientasikan Sunnah wal Jamaah.

Berikut adalah petikan rakaman yang Kedahnews.com terima dari ustaz tersebut;

Difahamkan bahawa puak berfahaman Syi'ah mendakwa kemunafikan dan kekafiran para sahabat berkenaan atas satu hadis Rasulullah SAW yang dilabel popular sebagai "ghadir khom" yang telah diputar belitkan punca sebenar hadis tersebut diungkapkan.

Kami akan bongkar tentang kisah putar belit Syi'ah terhadap hadis "ghadir khom" pada siri pendedahan yang akan datang, insha Allah. -Kedahnews.com