Siti Belum Bersuara, Namun Peminat Riuh Dakwa Nampak "Baby Bump"?

Biarpun beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kisah kehamilannya, namun para peminat Datuk Siti Nurhaliza agak teruja untuk terus bercakap mengenai gosip berkenaan.

Kononnya, keterampilan Siti ketika hadir mempromosi Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30) jelas menunjukkan perubahan pada bahagian perutnya yang seolah-olah "baby bump" wanita sedang berbadan dua.

Sebelum ini, terdapat desas-desus yang mengatakan kononnya sumber terdekat penyanyi tersohor itu mengesahkan yang beliau hamil dua bulan.

Berhubung desas-desus yang tersebar itu, Siti tetap menafikan dakwaan gosip berkenaan dan menegaskan bahawa beliau sendiri akan memaklumkan dan berkongsi dengan para peminat tentang berita gembira itu sekiranya beliau benar-benar hamil.


Namun mungkin kedudukan perut dan pakaian yang dikenakan Siti ketika mempromosikan AJL 30 baru-baru ini kelihatan seperti beliau mengandung dan mencetus semula gosip panas mengenai kehamilan diva nombor satu tanahair itu.

Kedahnews.com walau bagaimanapun, tetap menganggap Siti masih lagi belum berbadan dua sebagaimana yang didakwa ramai peminat selagi beliau tidak mengesahkan tentang kehamilannya yang ditunggu-tunggu itu.

Adalah lebih wajar kepada kami untuk tidak terikut-ikut dengan spekulasi berbanding pengakuan secara rasmi oleh tuan yang empunya tubuh sendiri selaku menghormati beliau, bukan?

Sama ada ia merupakan "baby bump" atau tidak, kami hanya serah dan menanti berita gembira dari Siti sendiri. -Kedahnews.com