Spekulasi Hamil: Siti Nurhaliza Tidak Akan Selindung Berita Baik


Penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan beliau belum bersedia untuk bercerita mengenai spekulasi yang kononnya menyatakan beliau hamil sebagaimana yang dilaporkan media tempatan.

Sebaliknya, Diva kesayangan ramai itu memohon para peminatnya mendoakan agar perkhabaran itu bakal jadi satu kenyataan kelak.

“Pastinya saya akan berkongsi berita baik. Saya tak akan berselindung apa sahaja berita baik. InsyaAllah,” kata penyanyi kelahiran Pahang ini.


Siti digembar-gemburkan hamil hanya semata-mata selepas beliau berkongsi gambar susu kambing yang dikatakan berkhasiat untuk ibu mengandung di laman Instagramnya baru-baru ini. -Kedahnews.com