Suhaizan Kaiat Luah Rasa Kurang Senang "Amanah" Dipanggil "PAN"

Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kaiat
KUALA LUMPUR – “Tiada parti politik bernama PAN dalam negara ini,” tegas salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara, Suhaizan Kaiat, yang juga merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Kata beliau, singkatan bagi Parti Amanah Negara adalah "AMANAH" bukannya "PAN" seperti yang selalu disebut-sebut orang ramai.

“Dalam Perlembagaan Parti Amanah Negara dinyatakan dengan jelas AMANAH adalah singkatan bagi parti ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Bekas Ketua Pemuda PAS berkata, mereka yang menggunakan singkatan PAN sebenarnya takut dengan perkataan AMANAH.

Menurut beliau, golongan terbabit mungkin juga berniat buruk atau tidak suka dengan parti Islam baharu tersebut

“Yang tidak faham sahaja yang akan menggunakan gelaran PAN,” katanya.

PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin-pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat yang disingkirkan oleh ahli PAS dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu.

Bekas pemimpin terbabit disingkirkan daripada PAS kerana dilihat tunduk kepada kehendak politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. –Kedahnews.com