Suka Prank? Lepas Ni Prank Puas-Puas Dalam Penjara...


Mungkin kerana inilah Islam menganjurkan pada umat Islam supaya tidak berlebih-lebih atau melampau ketika bergurau. Bergurau itu, tetap ada batas-batasnya.

Bagaimanapun, mungkin bagi lelaki bernama James Gillibrand pendekatan itu tidak digunapakai dalam gurauannya dengan salah seorang rakan baiknya.

Sikap "gila-gila" James telah mengakibatkan kawannya menderita seumur hidup apabila kakinya terpaksa dipotong.

James Gillibrand, 25 tahun.
Semuanya bermula apabila James melakukan ‘prank‘ terhadap rakannya Craig Finn yang ketika itu sedang mabuk selepas pulang menonton perlawanan bola.

Melihat keadaan rakannya, setibanya di rumah mereka di Spennymoor, Durham, James kemudian bertindak meletakkan turpentin pada kaki Craig sebelum menyalakan cecair mudah terbakar tersebut dengan api.

Hal itu sekali gus menyebabkan sebahagian badan Craig terbakar teruk.

Merasakan perkara itu lucu, James turut mengambil dua keping gambar insiden itu sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

Namun kerana memperlekehkan kecederaan rakannya dalam laporan tersebut menyebabkan ambulans tidak dihantar.

Namun nasib baik, seorang lagi rakan serumah mereka yang terkejut dengan insiden itu setelah terjaga dari tidur segera membawa Craig yang sudah melecur teruk ke hospital.

Mangsa, Craig Finn
Bagaimanapun, sesal sudah tidak berguna lagi apabila kaki Craig terpaksa dipotong dan James dihukum penjara selama 5 tahun atas tindakan bodohnya itu.

Difahamkan, ketika perbicaraan, James turut menggambarkan insiden itu sebagai ‘prank yang tak menjadi’ dan telah meminta maaf kepada Craig sekeluarga atas kejadian malang tersebut. -Mohd Fahmi Yusuf/Kedahnews.com


2E60EA6700000578-3315600-image-m-18_1447341118479 114600ul5u6u6ukk6zzr29 2E614AA500000578-3315600-image-a-24_1447341222543