Surat John F Kennedy Dengan Skandal Di Sweden Dilelong

John F Kennedy (JFK)
Hanya berselang beberapa minggu sebelum bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK) menikahi Jackie Kennedy di Rhode Island pada September 1953, beliau dikhabarkan sempat mengutus sepucuk surat.

Gunilla von Post
Warkah sulit tersebut dihantar kepada kekasih gelapnya yang berasal dari Sweden, seorang wanita yang dikatakan merupakan seorang sosialite bernama Gunilla von Post.

Wanita itu bagaimanapun kini sudah meninggal dunia pada 2011.

Selepas kematiannya, semua surat yang dikarang JFK berdurasi dari bulan Jun 1954 hingga Ogos 1956 ketika menjalinkan hubungan terlarang terbabit turut dikatakan telah dilelong kepada umum.

Mereka dikatakan pernah bertemu ketika musim panas di Cannes, Perancis pada 1953.

JFK merupakan presiden AS yang ke-35 mati ditembak pada 22 November 1963 di Texas pada jam 12.30 tengah hari oleh seorang lelaki, Lee Harvery Oswald.

Tragedi yang menggempan dunia itu berlaku ketika dia sedang berarak dalam kereta rasmi dengan isterinya, Jackie. –Kedahnews.com