Syeikh Al-Azhar Kecam Serangan Di Paris, Bersatu Perangi Ekstrimis

Sheikh Al Azhar, Ahmed al-Tayyeb
Kaherah - Sheikh Al Azhar Ahmed al-Tayyeb semalam mengecam serangan di Paris yang menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.

Mengulas kejadian di ibu negara Perancis itu, Ahmed juga menggesa supaya masyarakat antarabangsa bersatu memerangi pelampau.

“Kita mengecam serangan kejam ini. Sudah tiba masanya dunia bersatu memerangi pelampau ini. Tindakan mereka bertentangan dengan semua prinsip agama, kemanusiaan dan atamadun,” kata Ahmed ketika merasmikan persidangan di Luxor, bandar di selatan Mesir.
BEBERAPA mayat bergelimpangan di satu lorong selepas serangan di Paris.
Persidangan itu memberi tumpuan memerangi pemikiran dan pendirian pelampau.

Perancis mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu berikutan serangan kelmarin (awal pagi semalam) di sekitar Paris. - Reuters