KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana menjuarai Pertandingan Debat Antara Universiti Cambridge bagi kategori utama dan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua.
“Tahniah kepada UiTM kerana memenangi Pertandingan Debat Antara Universiti dan UIAM kerana menjuarai kategori Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL). Anda membanggakan kami,” katanya dalam catatan terkini Facebook beliau pada Selasa.
UiTM melakar sejarah sebagai universiti pertama Malaysia yang menjuarai kategori utama dalam pertandingan akhir empat penjuru dengan mengalahkan pasukan Trinity College of Dublin Historical Society dari Ireland serta dua pasukan dari University of Toronto, Kanada Hart House A dan B, menurut laporan akhbar The Star.
UiTM diwakili Mohd. Mifzal Mohd. Murshid Kieron dan Jasmine Ho, kedua-duanya berusia 22 tahun.
Sementara itu, UIAM pula yang diwakili Ameera Natasha Moore, 22; dan Sara Rahim, 20; mengalahkan Tel Aviv University dari Israel serta pasukan Leiden A and Leiden B, kedua-duanya dari Belanda.
Sebanyak 128 pasukan daripada pelbagai universiti, termasuk Harvard University, Oxford University, The London School of Economics, University of Toronto, Tel Aviv University, Cornell University dan Trinity College Dublin mengambil bahagian dalam pertandingan itu. – BERNAMA