JENGKAUT digunakan untuk mencari mangsa yang masih ditimbus tanah runtuh. |
Yangon - Pasukan penyelamat semalam berkata, mereka sudah tidak berharap untuk menemui mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong jed di utara Myanmar yang menyebabkan 113 terbunuh.
Kejadian itu adalah yang terburuk melanda Hpakant di negeri Kachin, hab perdagangan jed bernilai berbilion dolar.
Sekumpulan pelombong yang tidur di dalam khemah ditimbus selepas bukit yang terbentuk oleh timbunan tanah yang dibuang syarikat perlombongan runtuh pada awal Sabtu lalu.
Pasukan penyelamat terdiri daripada askar, polis dan organisasi penduduk setakat ini berjaya menemui 113 mayat.
Seorang lelaki dijumpai masih hidup pada Sabtu lalu, tetapi meninggal dunia tidak lama selepas itu akibat kecederaan yang dialaminya.
Seorang anggota penyelamat, Dashi Naw Lawn berkata, tiada lagi mangsa yang masih terselamat dijangka ditemui.
“Kami hanya menemui mangsa yang sudah mati,” katanya.
Menurutnya, usaha mencari berpuluh-puluh mangsa yang hilang diteruskan semalam.
Pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar pelombong yang mencari jed di kawasan itu ketika bencana berkenaan.
Bagaimanapun, akhbar Global New Light of Myanmar yang memetik kenyataan seorang pegawai yang menganggarkan 30 mangsa masih belum ditemui.
Pihak berkuasa merancang memindahkan baki 70 lagi khemah pelombong yang dibina di kaki bukit timbunan tanah di kawasan itu. -AFP