Tidak Perlu Interpol, SPRM Sudah Ambil Keterangan Nik Faisal


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah mengambil kenyataan Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil berhubung isu syarikat itu dan dana RM2.6 bilion.

SPRM dalam satu kenyataan media turut memberitahu telah berjaya menghubungi dua individu lain yang diperlukan oleh SPRM dalam siasatan berkenaan.

“Berkenaan dengan dua individu lain yang diperlukan oleh SPRM, pihak terbabit telah pun dihubungi dan usaha sedang diambil untuk bertemu dengan mereka bagi tujuan diambil keterangan,” kata SPRM semalam.

Justeru, kata SPRM, agensi itu tidak tidak memerlukan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan akses kepada kesemua individu terbabit.

Parti pembangkang sebelum ini menuduh pihak berkuasa tidak bersungguh dalam usaha menjejak 2 eksekutif kanan SRC International Sdn Bhd (SRC International).

Pembangkang mendakwa kesemua individu tersebut sepatutnya diletakkan dalam senarai orang dikehendaki Interpol. –Kedahnews.com