Tips: Resepi Adun Nutella "Homemade", Mudah Dibuat Sendiri


Boleh dikatakan Nutella menjadi satu kegemaran bagi ramai kanak-kanak di seluruh dunia dan tidak kurang juga di kalangan dewasa yang menggemari adunan coklat berkacang berkenaan.

Sama ada Nutella dimakan dengan roti,  ia juga sering digunakan dalam menghasilkan pelbagai koleksi pencuci mulut antaranya kek dan biskut.

Maka tidak hairanlah, Nutella sangat popular dan menjadi koleksi wajib yang perlu ada di dapur bagi penggemar coklat.

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa Nutella hanyalah sebuah jenama dan adunan coklat berkacang itu sebenarnya boleh diadun sendiri di rumah masing-masing.

Oleh itu, kami ingin kongsikan kepada para pembaca resepi mudah untuk membuat Nutella "homemade".

Selain mudah dibuat, bahan-bahan yang diperlukan juga sangat senang didapati.


Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah/hazelnut (sangai tanpa minyak dan buang kulit)
1 cawan gula icing
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
Minyak jagung (agak-agak mengikut kepekatan yang anda mahu)


Cara-caranya

1. Kisar kacang sehingga keluar minyak

2. Di dalam mixer, putar bahan gula, serbuk koko dan esen vanila dan masukkan kacang yang sudah dikisar halus.

3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur seperti yang diinginkan samada mahu pekat atau cair.

4. Mix hingga tesktur halus dan sebati

5. Siap!

Resepi ini juga boleh dilakukan para ibu bersama anak-anak untuk mengisi masa lapang dan mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga tersayang. -Kedahnews.com